Anda adalah pelawat yang ke

Saturday, 14 May 2011

Aku Milikmu (PART 2)

Pagi esoknya, aku menghidupkan komputer. Rasa bosan menuntun aku untuk melayari internet. Kerlipan komputer yang mulai hidup ku rasakan agak perlahan. Aku tersenyum, komputer ini seakan sengaja menguji kesabaranku. Skrin yang tadi legap kini mula bercahaya. Aku berfikir sejenak, bingung memikirkan apa yang harus aku layari. Kemudian, mata aku tertancap tepat pada skrin komputer, tanganku bergerak mengarah tetikus. Bila yakin, aku membuka laman sosial terkenal iaitu 'mukabuku'. Ku lihat ke sisi skrin. "Ramai juga yang 'online'," aku berkata perlahan. Tidak lama selepas itu, kawanku, Harun menghantar mesej. Seluruh pelajar sudah sedia maklum akan keberangkatan para pengawas ke Kem Kepimpinan Pengawas. Dan sepertinya Harun jelas ingin tahu mengapa aku pulang lebih awal daripada kawan-kawan yang lain. Sudah tentu aku tidak keberatan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Harun menerima dengan baik setiap bait ayat yang aku taip sebagai jawapan kepada rasa ingin tahunya itu. Usai aku puas melepas rindu dan perasaan ke laman 'mukabuku' itu, aku bergegas mematikan komputer. 'Mukabuku' umpama diari terbuka aku kerana setiap rasa sedih atau gembira sering aku kongsi di situ. Oh! Lupa pula, Harun itu merupakan salah seorang kawan yang baik dengan aku merangkap juga seorang bapa saudara kepada adik angkatku yang menolong aku tempoh hari.

Mataku tertampan ke arah siling. Kipas yang berpusing ligat jelas tidak dapat mendinginkan aku. Tubuhku mungkin sejuk dek kerana angin itu namun hatiku terasa panas membara. Tit! Bunyi itu mencecah kesunyian kamarku yang tadi hanya ditemani bunyi kipas berpusing. Aku mengambil telefon bimbitku dengan perlahan. Aku tahu, bunyi itu menandakan ada pesanan ringkas yang aku terima. Di skrin alat komunikasiku itu, nama 'Princess' bercahaya. Maknanya hanya satu, puteri kesayanganku itu membalas kiriman pesanan ringkas yang aku kirim dua minit yang lepas. Meskipun gembira pergaduhan yang tercetus di antara aku dan puteri sewaktu di kem sudah langsai, namun masalah lain yang timbul menjebakkan aku dalam kesedihan yang tidak berpenghujung. Aku tidak berasa benci malah jauh sekali untuk prejudis terhadap si gadis yang mewarnai hidupku dengan warna-warna ceria yang apabila aku menjejakkan kaki ke dalamnya, aku terpana dengan lukisan yang dilakar di dinding bahagia kami. Terkadang aku menangis sendiri. Bukan bermakna aku lemah, tetapi airmataku jatuh kerana khilafku sendiri yang menyebabkan puteriku itu terluka. Sungguh, bukan niatku untuk menuduh kekasih hatiku itu tidak setia atau segala macam lagi gelaran yang tidak enak didengar tetapi hatiku agak merajuk apabila dia membandingkan layanan aku terhadapnya dengan Tarmizi. Tarmizi? Sungguh tidak aku sangka, kawanku yang membantu aku pada tempoh hari sanggup menikam belakang aku. Sungguh tegar hatinya meruntuhkan kepercayaan aku terhadapnya. Ah! Manusia. Selagi yang bernama manusia itu, tidak akan puas selagi tidak menghakkan apa yang bukan miliknya.

Segala kesedihan yang aku rasa, tidak dapat aku lumatkan dalam hati. Segalanya aku hamburkan kepada 'budak kecik' itu. Nasihat dan semangat yang dia usulkan kepadaku cuba aku sematkan di jiwa kecilku. Terkadang, terdetik juga di fikiranku,'budak keciik' itu mungkin lebih muda daripada aku, namun dia yang selalunya mengajar dan membimbing aku. Membimbing aku untuk belajar memulihkan hati sendiri tanpa perlu ada yang merawat. Katanya, hati kita semuanya milik Allah S.W.T. yang dimana ia bermaksud, cinta itu indah, cinta itu suci, cinta itu kurniaan dariNya dan cinta kepada Allah dan Rasul itu cinta paling agung. Di pemikiran sedarku, aku meraup mukaku, menyedari yang aku juga manusia biasa yang kehidupanku sudahpun ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Lamunanku terhenti di situ apabila satu mesej masuk ke dalam peti pesanan ringkasku.

Dan apabila aku buka, 'soe'. Itulah isi mesej itu. Pengirimnya, Tarmizi. 'Soe' bermaksud 'sorry' ataupun maaf. Permohonan maaf itu tidak dapat aku rasakan keikhlasannya. Entahlah, mungkin apa yang aku fikirkan itu tidak berpunca daripada rasa cemburu. Cemburu? Tentu sekali tidak. Ya, aku tidak cemburu tetapi aku iri. Iri melihat puteriku berdekatan dengan lelaki itu. Hmm! Keluhan pendek aku lepaskan tidak tahu sama ada patut ataupun tidak membalas mesej itu. Akhirnya, aku putuskan untuk tidak membalasnya. Telefon bimbit ku letakkan ke sisi.  Selimut ditarik ke paras dada lantas aku memejamkan mata. Oh! Lupa hendak beritahu, puteriku sudah nyenyak dibuai mimpi. "Selamat malam puteri, putera cinta puteri," kata-kata itu aku lafazkan dalam hati. Tirai malamku ditutup dengan bayangan puteri bermain di mindaku hingga aku sendiri tidak menyedari saat mataku tertakup.

Hasil tulisan Nur Faizatul Atiqah binti Ahmad Zainal

No comments:

Post a Comment