Anda adalah pelawat yang ke

Monday, 9 May 2011

Piagam Pelanggan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka

  • Saksama dan adil dalam menyediakan kebajikan dan kemudahan pelajar agar dapat bersaing melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
  • Minat, bakat dan potensi pelajar akan dicungkil dan disuburkan sejajar dengan konsep budaya ilmu.
  • Konsep budaya penyayang sentiasa diterapkan untuk mewujudkan iklim persekolahan yang sihat dan melahirkan pelajar berakhlak mulia.
  • Sentiasa memastikan persekitaran sekolah yang ceria dan selamat untuk merangsang suasana pembelajaran yang sihat.
  • Pelajar dibimbing untuk mengenali diri dan persekitaran untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat.
  • Ahli keluarga dan pelawat yang berurusan akan dilayan mesra supaya urusan cepat dan lancar.
  • Kecemerlangan akan dijana seiring dengan kecemerlangan kokurikulum untuk melahirkan pelajar seimbang.
  • Akan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan setiap masa dan memastikan kehendak pelanggan dipenuhi.

Sepakat Menjana Kegemilangan Satu Pasukan

No comments:

Post a Comment